Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Ahad

6 Januari 2019

5:25:00 PTG
923798

Pengunduran Tentera, AS Cuba Redakan Kebimbangan Israel

Penasihat Keselamatan Nasional Amerika Syarikat (AS), John Bolton dihantar ke Israel untuk meredakan kebimbangan terhadap keputusan Presiden Donald Trump mengundurkan tentera dari Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penasihat Keselamatan Nasional Amerika Syarikat (AS), John Bolton dihantar ke Israel untuk meredakan kebimbangan terhadap keputusan Presiden Donald Trump mengundurkan tentera dari Syria.

Pengunduran yang diumumkan bulan lalu itu sepatutnya selesai dalam tempoh beberapa minggu lagi, namun jadualnya diperlahankan, ketika presiden akur kepada permintaan pembantu, sekutu dan ahli Kongres supaya pengunduran dilakukan secara lebih teratur.

Pihak berkuasa Israel sebelum ini bimbang bahawa pengunduran mengejut kira-kira 2,000 tentera mungkin membolehkan Iran memperluaskan pengaruh dan kewujudannya di Syria.

“Ini adalah kebimbangan utama di kalangan sekutu AS di rantau ini dan mengenai langkah seterusnya. Mesej pentadbiran Trump tidak konsisten.

“Ia bercakap untuk memberi tekanan kepada Iran dalam isu nuklear, namun pengunduran menyebabkan Syria terbuka kepada Russia dan Iran,” kata profesor hubungan antarabangsa Regent's University London, Yossi Mekelberg. - Agensi/ Aljazeera