Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih 800 penunjuk perasaan ditahan daripada 381 demonstrasi antikerajaan yang diadakan di Sudan sejak bulan Disember tahun lalu.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Ahmed Bilal Osman, jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga hari ini ialah 816 orang.
Jumlah itu diberikan secara rasmi sejak demonstrasi berlaku pada 19 Disember lali berikutan kerajaan menaikkan harga roti.
Pihak berkuasa menyatakan sekurang-kurangnya 19 orang termasuk dua anggota keselamatan terbunuh dalam pergaduhan yang berlaku ketika demonstrasi itu. - AFP
source : Utusan
Isnin
7 Januari 2019
6:21:06 PTG
923963
Lebih 800 penunjuk perasaan ditahan daripada 381 demonstrasi antikerajaan yang diadakan di Sudan sejak bulan Disember tahun lalu.