Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

7 Januari 2019

6:27:34 PTG
923965

Presiden Sisi Akui Kerjasama Mendalam Dengan Rejim Zionis Israel

Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi mengakui bahawa pentadbirannya telah mengekalkan hubungan yang sangat mendalam dengan rejim Tel Aviv dan dalam masa yang sama terlibat dalam kerjasama ketenteraan dengan Israel di Semenanjung Sinai.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi mengakui bahawa pentadbirannya telah mengekalkan hubungan yang sangat mendalam dengan rejim Tel Aviv dan dalam masa yang sama terlibat dalam kerjasama ketenteraan dengan Israel di Semenanjung Sinai.

Sisi membuat pengakuan yang jarang berlaku itu di dalam sebuah wawancara dengan rangkaian televisyen Amerika Syarikat "60 Minutes," yang disiarkan pada hari Ahad.

Pengakuan ini dibuat ketika pentadbiran Presiden Sisi secara rahsia bekerjasama dengan Israel dalam menangani isu keselamatan yang meruncing di Semenanjung Sinai. -Press TV