Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Khamis

10 Januari 2019

1:21:02 PTG
924316

Mogok Kakitangan Keselamatan, 640 Penerbangan Dibatalkan Di Jerman

Hampir 640 penerbangan dibatalkan melibatkan sekitar 100,000 penumpang berikutan mogok kakitangan keselamatan di tiga lapangan terbang di sini hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hampir 640 penerbangan dibatalkan melibatkan sekitar 100,000 penumpang berikutan mogok kakitangan keselamatan di tiga lapangan terbang di sini hari ini.

Lapangan terbang terlibat iaitu di Dusseldorf, Cologne-Bonn dan Stuttgart.

Kesatuan Sekerja Verdi (Verdi) mewakili 23,000 kakitangan keselamatan lapangan terbang meminta kenaikan gaji daripada AS$20 kepada AS$23 sejam bersamaan kenaikan sekitar 17 peratus.

Jadual rundingan gaji berikutnya pada 23 Januari nanti. - AFP