Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

12 Januari 2019

7:24:02 PTG
924629

Ves Kuning Merebak Ke Kota London

Ribuan penunjuk perasaan yang memakai jaket berwarna kuning telah mula kelihatan di jalan raya yang terletak di kota London.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan penunjuk perasaan yang memakai jaket berwarna kuning telah mula kelihatan di jalan raya yang terletak di kota London.

Protes ini merekodkan skala yang terbesar setakat ini dalam usaha para peserta meniru protes ves kuning yang bermula di Perancis pada November lepas.

Para penunjuk perasaan dilaporkan membantah program penjimatan kerajaan dan menuntut pilihan raya umum pada hari Sabtu ini. Mereka kelihatan berarak melepasi pusat ibu kota sebelum menuju ke Medan Trafalgar.

Bantahan ves kuning yang sama juga pernah dilancarkan oleh warga Britain yang menuntut kerajaan pimpinan Perdana Menteri Theresa May untuk penjelasan yang lebih rinci berhubung isu Brexit.

Perarakan pro-Brexit tersebut berjaya mengumpulkan ratusan warga awam di sebalik penahanan salah seorang penggiat gerakan itu oleh pihak polis kerana didakwa mengganggu seorang anggota parlimen pada awal minggu ini. -PRESS TV