Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

13 Januari 2019

4:33:41 PTG
924730

Mesir Tumpas Enam Anggota Militan Di Sohag

Pasukan keselamatan Mesir menembak mati enam anggota militan di bahagian selatan negara itu, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan keselamatan Mesir menembak mati enam anggota militan di bahagian selatan negara itu, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Pertempuran berdarah itu berlaku awal pagi semalam, selepas polis menyerbu sebuah rumah yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan terbabit di pinggir selatan Sohag, kira-kira 460 kilometer dari selatan Kaherah.

Tambah kementerian itu, kumpulan terbabit didapati memiliki sejumlah besar senjata api, bekalan peluru serta bahan peledak.

Operasi semalam adalah sebahagian daripada usaha berterusan dan agresif kerajaan dalam memerangi organisasi pengganas di negara itu.

Ia bagaimanapun tidak menamakan kumpulan pengganas terbabit, namun kebanyakan serangan pengganas di negara itu didakwa dilakukan oleh Velayat Sinai yang bersekongkol dengan militan Daesh sejak 2014.

Kumpulan itu sebelum ini dikenali sebagai Ansar Beit Al-Maqdis dan sering menyasarkan anggota pasukan keselamatan terutamanya di wilayah Semenanjung Sinai. - Press TV