Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Ahad

13 Januari 2019

4:40:02 PTG
924733

Polis Sudan Lepaskan Tembakan Gas Ke Atas Peserta Demonstrasi

Polis Sudan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah peserta demonstrasi anti kerajaan di sini setelah penganjur menggesa perhimpunan menentang Presiden Omar al-Bashir diadakan seluruh negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis Sudan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah peserta demonstrasi anti kerajaan di sini setelah penganjur menggesa perhimpunan menentang Presiden Omar al-Bashir diadakan seluruh negara.

Peserta, sambil melaungkan slogan “aman, aman” dan “revolusi adalah pilihan rakyat” berhimpun di jalanan sekitar pusat daerah Bahari sebelum bertembung dengan anggota keselamatan.

Tunjuk perasaan tercetus sejak 19 Disember tahun lalu ekoran kemarahan rakyat terhadap tindakan kerajaan yang menaikkan harga makanan.-AFP