Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

18 Januari 2019

6:37:41 PTG
925379

Tunjuk Perasaan Di Sudan Ragut Dua Nyawa

Sekurang-kurangnya dua penunjuk perasaan terbunuh dalam bantahan terbaharu di ibu negara Sudan, Khartoum, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya dua penunjuk perasaan terbunuh dalam bantahan terbaharu di ibu negara Sudan, Khartoum, semalam.

Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan dalam satu kenyataan berkata, dua terbunuh termasuk kanak-kanak, Mohamed Obied dan Dr Babikir Abdul Hamid.

Jurucakap polis bagaimanapun gagal dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Kerajaan Sudan sebelum ini menyatakan 26 maut dalam bantahan yang sudah berlarutan selama sebulan itu.

Namun, menurut Amnesty International angka tersebut jauh lebih tinggi.

Amnesty mendakwa 40 orang terbunuh setakat ini, manakala lebih 1,000 ditahan.

Sejak pertengahan Disember, pelbagai bantahan dianjurkan di beberapa bahagian Sudan.

Penunjuk perasaan membantah kerajaan yang didakwa gagal mengekang inflasi serta tidak mampu mengatasi masalah kekurangan komoditi.

Malah, penunjuk perasaan turut mendesak Presiden Omar Al-Bashir agar segera meletak jawatan. - Agensi