Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

18 Januari 2019

6:53:47 PTG
925384

Tentera Perancis Akan Terus Kekal Di Syria; Presiden Macron

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengatakan bahawa negaranya akan mengekalkan keberadaan tentera mereka di Syria dan memastikan pasukan itu berada di dalam keadaan siaga di sebalik rancangan Amerika Syarikat untuk menarik keluar tenteranya dari negara Arab tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengatakan bahawa negaranya akan mengekalkan keberadaan tentera mereka di Syria dan memastikan pasukan itu berada di dalam keadaan siaga di sebalik rancangan Amerika Syarikat untuk menarik keluar tenteranya dari negara Arab tersebut.

Macron berkata "perjuangan [di Syria] masih belum berakhir" dan menambah bahawa "sebarang tindakan tergesa-gesa untuk menarik keluar (tentera dari negara itu) akan (terbukti) menjadi sebuah kesilapan." Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan anggota tentera di sebuah kem tentera yang terletak berhampiran wilayah Toulouse.

Beliau juga mengkritik keputusan Presiden AS, Donald Trump yang mengarahkan penarikan keluar pasukan tentera Washington dari negara yang dilanda perang itu. -Press TV