Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Sabtu

19 Januari 2019

7:49:05 PTG
925526

Dua Sami Ditembak Mati Di Narathiwat

Dua sami Buddha terbunuh manakala dua lagi cedera dalam satu insiden serangan yang berlaku di sebuah kuil dekat sini semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua sami Buddha terbunuh manakala dua lagi cedera dalam satu insiden serangan yang berlaku di sebuah kuil dekat sini semalam.

Dalam kejadian itu, dua sami berkenaan dilaporkan mati di tempat kejadian di Kuil Rattanupap selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh beberapa orang lelaki tidak dikenali.

Dua lagi individu yang mengalami kecederaan kini dirawat di hospital berdekatan.