Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

21 Januari 2019

6:56:36 PTG
925843

Rusia Tolak Permintaan AS Untuk Musnahkan Sistem Peluru Berpandunya

Rusia telah menolak permintaan Amerika Syarikat yang menuntut Moscow memusnahkan sistem peluru berpandu baru buatannya. Menurut Washington, senjata itu melanggar Perjanjian Senjata Nuklear Berjarak Sederhana (INF).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia telah menolak permintaan Amerika Syarikat yang menuntut Moscow memusnahkan sistem peluru berpandu baru buatannya. Menurut Washington, senjata itu melanggar Perjanjian Senjata Nuklear Berjarak Sederhana (INF).

Timbalan Menteri Luar Russia, Sergei Ryabkov pada hari berkata bahawa permintaan tersebut sama sekali tidak boleh diterima ketika merujuk kepada permintaan Washington yang menuntut Moscow memusnahkan peluru berpandu SSC-8 / 9M729.

Beliau turut menafikan bahawa sistem peluru berpandu tersebut melanggar perjanjian INF.

INF adalah perjanjian yang dimeterai ketika era Perang Dingin. Perjanjian itu ditandatangani pada tahun 1987 sekaligus menghapuskan semua jenis peluru berpandu nuklear dan konvensional yang memiliki julat capaian di antara 1,000-5,500 km (620-3,420 batu).

Ryabkov juga berkata Rusia telah membuat cadangan balas dengan menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan demonstrasi penggunaan peluru berpandu tersebut bagi pihak Amerika Syarikat bagi mengelakkan sebarang bentuk salah faham, lapor agensi berita Interfax yang memetiknya kenyataan beliau. -Press TV