Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

22 Januari 2019

5:47:05 PTG
925970

Amerika Syarikat Lulus Ribuan Perkahwinan Bawah Umur Sepanjang Sedekad Lepas: Laporan

Amerika Syarikat sepanjang sedekad lepas telah meluluskan ribuan kes perkahwinan kanak-kanak di sebalik tindakan Washington yang lantang mengkritik negara-negara lain berhubung isu perkahwinan bawah umur, baca laporan terkini kongres.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat sepanjang sedekad lepas telah meluluskan ribuan kes perkahwinan kanak-kanak di sebalik tindakan Washington yang lantang mengkritik negara-negara lain berhubung isu perkahwinan bawah umur, baca laporan terkini kongres.

Laporan tersebut turut menunjukkan bahawa sistem imigrasi Amerika Syarikat telah meluluskan ribuan permohonan daripada lelaki imigran untuk membawa pengantin perempuan atau tunang kanak-kanak bawah umur mereka ke negara Barat itu.

Data juga menunjukkan bahawa di antara tahun 2007 dan 2017, Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen A.S (USCIS), yang merupakan sebahagian daripada institusi yang wujud di dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, telah meluluskan lebih daripada 5,500 permohonan oleh orang dewasa untuk membawa pasangan atau tunang bawah umur mereka ke A.S

Menurut laporan yang sama kira-kira 3,000 kelulusan juga telah dibuat buat permohonan kanak-kanak yang ingin membawa masuk pasangan atau tunang mereka yang lebih tua, baca laporan tersebut. -Press TV