Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Rabu

23 Januari 2019

3:29:16 PTG
926056

Senat A.S Mengundi Esok

Kepimpinan Senat Amerika Syarikat (AS) mencapai kesepakatan dwipartisan untuk mengundi tentang dana tembok sempadan berjumlah AS$5.7 bilion (RM23.5 bilion) yang diminta Presiden Donald Trump dan membuka semula kerajaan persekutuan yang ditutup separa selama lebih sebulan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kepimpinan Senat Amerika Syarikat (AS) mencapai kesepakatan dwipartisan untuk mengundi tentang dana tembok sempadan berjumlah AS$5.7 bilion (RM23.5 bilion) yang diminta Presiden Donald Trump dan membuka semula kerajaan persekutuan yang ditutup separa selama lebih sebulan.

Keputusan itu diumum Senat, semalam selepas mereka mencapai persetujuan untuk mengadakan kedua-dua undian termasuk melanjutkan tempoh perlindungan migran kepada tiga tahun itu pada esok.

Kedua-dua cadangan itu bagaimanapun memerlukan 60 undian untuk diluluskan.

Pemimpin majoriti Senat, Mitch McConnell turut berharap undian tersebut akan menamatkan kebuntuan yang menyaksikan kerajaan AS lumpuh untuk tempoh paling lama dalam sejarah negara itu.

"Ini adalah peluang untuk menamatkan krisis ini dengan persetujuan Demokrat," ujarnya.

McConnell juga mengecam tawaran berani dan komprehensif diberikan Trump berkaitan perlindungan sementara Dreamers dan migran dari Amerika Tengah serta Afrika untuk pertukaran dengan dana tembok sempadan tersebut. - AFP