Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

23 Januari 2019

3:56:54 PTG
926062

Trump Akan Kekalkan Hasrat Bina Tembok

Trump, berkata beliau akan meneruskan hasratnya untuk membina tembok di sepanjang sempadan selatan negara tersebut dan tidak akan mengalah kepada tekanan yang datang daripada pihak parti Demokrat dengan membuka semula kerajaan yang telah ditutup selama lebih dari sebulan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Trump, berkata beliau akan meneruskan hasratnya untuk membina tembok di sepanjang sempadan selatan negara tersebut dan tidak akan mengalah kepada tekanan yang datang daripada pihak parti Demokrat dengan membuka semula kerajaan yang telah ditutup selama lebih dari sebulan.

Para pemimpin Senat pada hari Selasa mengumumkan bahawa mereka telah membuat persetujuan untuk mengadakan dua undi Capitol Hill pada 24 Januari dalam rangka menamatkan kemelut berhubung penutupan kerajaan.

Undian pertama akan dilangsungkan untuk menilai cadangan Trump untuk membuka semula kerajaan persekutuan dan penyediaan dana $ 5.7 bilion yang beliau mahukan untuk pembinaan tembok di sempadan negara itu. Undian pula kedua akan menentukan usul pemanjangan tempoh perlindungan undang-undang kepada pendatang asing kepada tiga tahun. -Press TV