Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

25 Januari 2019

6:23:19 PTG
926360

Pemimpin Tentera Myanmar Harus Didakwa: Pelapor Khas PBB

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Myanmar mengatakan bahawa ketua tentera negara Asia Tenggara tersebut harus didakwa kerana telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap kaum minoriti Rohingya Muslim.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Myanmar mengatakan bahawa ketua tentera negara Asia Tenggara tersebut harus didakwa kerana telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap kaum minoriti Rohingya Muslim.

"Min Aung Hlaing (ketua komandan tentera Myanmar) dan yang lain harus bertanggungjawab ke atas atas pembunuhan beramai-ramai di Negeri Rakhine dan untuk jenayah terhadap kemanusiaan serta jenayah perang (yang mereka lakukan) di wilayah-wilayah lain Myanmar," Yanghee Lee, pelapor khusus PBB berhubung hak asasi manusia di Myanmar, dalam temu bualnya dengan Reuters.

Kebanyakan bangsa Rohingya telahpun melarikan diri daripada kekejaman rejim negara Asia Tenggara itu. Akan tetapi, pelarian tersebut kini berhadapan dengan prospek penghantaran pulang ke negara yang bermajoritikan penganut ajaran Buddha. -Press TV