Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

27 Januari 2019

6:28:44 PTG
926621

Protes Ves Kuning Masih Berlarutan Di Paris

Ribuan penunjuk perasaan ves kuning berarak di Paris dan beberapa bandar lain semalam, susulan protes anti kerajaan yang kini memasuki minggu ke-11.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan penunjuk perasaan ves kuning berarak di Paris dan beberapa bandar lain semalam, susulan protes anti kerajaan yang kini memasuki minggu ke-11.

Protes disertai kira - kira 22,000 orang, jumlah lebih kecil berbanding tunjuk perasaan sebelum ini, namun kekecohan tetap berlaku di beberapa lokasi himpunan.

Tunjuk perasaan ves kuning bermula pertengahan November lalu berikutan cadangan kerajaan menaikkan cukai bahan api, ia lalu bertukar menjadi protes besar - besaran terhadap kerajaan Presiden Emmanuel Macron.

Dalam usaha menenangkan rakyat Perancis, Macron melancarkan debat umum yang diharapkan dapat mencari penyelesaian berhubung kemelut terbabit.

Dalam pada itu, beberapa ahli ves kuning mencadangkan beberapa calon untuk bertanding dalam pilihan raya Mei depan untuk Parlimen Eropah.

Sementara itu, pihak yang menentang tunjuk perasaan ves kuning mengutuk keganasan yang berlaku susulan protes terbabit. - Reuters