Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Khamis

31 Januari 2019

6:05:05 PTG
927180

Polis Lepaskan Gas Pemedih Mata Ke arah Penunjuk Perasaan Di Sudan

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah ratusan penunjuk perasaan dalam demonstrasi terbaru yang dilakukan untuk mendesak Presiden, Omar al-Bashir untuk meletak jawatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah ratusan penunjuk perasaan dalam demonstrasi terbaru yang dilakukan untuk mendesak Presiden, Omar al-Bashir untuk meletak jawatan.

Penunjuk perasaan membanjiri jalan sekitar Khartoum dan Omdurman sambil melaungkan slogan “kebebasan, kedamaian dan keadilan”.

Seorang saksi memberitahu penunjuk perasaan tetap berkumpul meskipun tembakan gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka.

Dalam pada itu, kekecohan turut berlaku di kejiranan timur di Burri apabila peserta demonstrasi bertepuk, bersiul dan membaling botol plastik serta membakar batang pokok.- AFP