Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

1 Februari 2019

5:56:50 PTG
927280

PBB Tolak Guaido Terima Kerajaan Sah Sahaja Di Venezuela

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menolak permintaan bantuan yang dibuat oleh 'pemangku presiden Juan Guaido' sambil menegaskan bahawa badan dunia tersebut akan hanya bekerjasama dengan kerajaan yang sah sahaja.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menolak permintaan bantuan yang dibuat oleh 'pemangku presiden Juan Guaido' sambil menegaskan bahawa badan dunia tersebut akan hanya bekerjasama dengan kerajaan yang sah sahaja.

Stephane Dujarric, jurucakap Guterres, menyampaikan repson setiausaha agung kepada permintaan bantuan tersebut di dalam sebuah taklimat akhbar yang berlangsung pada hari Khamis.

"Bangsa-Bangsa Bersatu sudah bersiap-sedia untuk meningkatkan kerja-kerja berkaitan bantuan kemanusiaan dan pembangunan di Venezuela. Walau bagaimanapun, untuk melaksanakan perkara ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memerlukan persetujuan dan kerjasama kerajaan yang sah," kata Dujarric. -Press TV