Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

2 Februari 2019

2:29:45 PTG
927371

Putin Tangguh Komitmen Rusia Terhadap INF Selepas A.S Berbuat Demikian

Presiden Russia Vladimir Putin telah menggantung komitmen negara itu terhadap sebuah perjanjian era Perang Dingin selepas Amerika Syarikat terlebih dahulu meninggalkan perjanjian itu buat sementara waktu. Berhubung perkara yang sama, Presiden Putin turut memberi kuasa oenuh kepada angkatan tentera negaranya untuk meneruskan pembangunan peluru berpandu generasi baharu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Russia Vladimir Putin telah menggantung komitmen negara itu terhadap sebuah perjanjian era Perang Dingin selepas Amerika Syarikat terlebih dahulu meninggalkan perjanjian itu buat sementara waktu. Berhubung perkara yang sama, Presiden Putin turut memberi kuasa oenuh kepada angkatan tentera negaranya untuk meneruskan pembangunan peluru berpandu generasi baharu.

"Rakan kami di Amerika telah mengumumkan bahawa mereka menggantung komitmen mereka terhadap perjanjian itu, dan kami juga bbertindak sedemikian," Putin mengumumkan perkara tersebut di dalam mesyuarat bersama menteri luar dan pertahanannya pada hari ini.

"Kami akan menunggu sehingga rakan kongsi kami bertambah matang untuk mengadakan dialog saksama dan bermakna bersama kami berhubung topik penting ini," katanya.

Putin berkata Rusia akan bekerja untuk memajukan peluru berpandu jarak sederhana yang lebih canggih, termasuk sistem yang dilengkapi dengan keupayaan supersonik.

Walau bagaimanapun, Moscow tidak akan menempatkan mana-mana peluru berpandu baru melainkan jika Washington berbuat demikian. Ini kerana Rusia tidak mahu terlibat di dalam perlumbaan senjata yang baharu dengan Amerika Syarikat, tambahnya.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo pada hari Jumaat lepas mengumumkan bahawa Washington akan menggantung komitmen mereka berhubung Perjanjian Angkatan Nuklear Jarak Pertengahan (INF) selama 180 hari dan akan keluar sepenuhnya daripada kesepakatan tersebut jika Moscow tidak menghentikan apa yang didakwa mereka sebagai "pencabulan" terhadap perjanjian itu.

Washington sebelum ini mendakwa bahawa peluru berpandu 9M729 baru buatan Rusia asama sekalu melanggar perjanjian itu dan harus dimusnahkan dengan serta-merta.

Rusia menafikan dakwaan tersebut dengan mendedahkan peluru berpandu tersebut bersama-sama dengan spesifikasi pentingnya. Ketua angkatan tentera unit peluru berpandu dan meriam Rusia, Mejar Jeneral Mikhail Matveevsky berkata, julat maksimum peluru tersebut adalah sekitar 480 kilometer dan perkara itu berada di bawah julat yang dibenarkan di bawah INF. -PRESS TV