Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

2 Februari 2019

2:41:53 PTG
927372

A.S Ancam Venezuela Selepas Cubaan Kudeta

Naib Presiden AS Mike Pence telah mengulangi sokongan Washington terhadap pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido dengan mengatakan bahawa akan meniggalkan "dialog" dan mempertimbangkan "semua pilihan" yang ada untuk membantu Juan Guaido yang menentang kerajaan sah Venezuela yang diterajui oleh Presiden Nicolas Maduro.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Naib Presiden AS Mike Pence telah mengulangi sokongan Washington terhadap pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido dengan mengatakan bahawa akan meniggalkan "dialog" dan mempertimbangkan "semua pilihan" yang ada untuk membantu Juan Guaido yang menentang kerajaan sah Venezuela yang diterajui oleh Presiden Nicolas Maduro.

Juan Guaido sebelum ini mengisyhtiharkan sendiri dirinya sebagai pemangku presiden negara Amerika Latin itu. Sebuah langkah yang kemudiannya disambut baik oleh Washington.

"Amerika Syarikat akan terus menggunakan sebarang bentuk tekanan diplomatik untuk membawa peralihan yang aman ke arah demokrasi. Akan tetapi, para pemerhati harus faham bahawa semua pilihan kini sedang dipertimbangkan," kata Pence kepada warga Venezuela yang beradad Florida pada hari Jumaat semalam.

"Dan Nicolas Maduro perlu bertindak dengan penuh hati-hati untuk tidak menguji kesungguhan Amerika Syarikat," katanya. "Ini bukan masa untuk dialog. Ini adalah masa untuk bertindak. "

Kenyataan itu datang beberapa hari selepas Maduro mengatakan dia bersedia untuk duduk dengan pemimpin pembangkang, Guaido, yang mengumumkan dirinya sebagai "pemangku presiden" pada bulan lepas. -Press TV