Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

3 Februari 2019

4:53:08 PTG
927581

Kartunis Brazil Gambarkan Delegasi Israel Sebagai Pembunuh

Seorang kartunis yang terkenal dengan karya berbentuk satira politik menggambarkan pasukan pertahanan Israel (IDF) yang tiba di tenggara Brazil sebagai pembunuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang kartunis yang terkenal dengan karya berbentuk satira politik menggambarkan pasukan pertahanan Israel (IDF) yang tiba di tenggara Brazil sebagai pembunuh.

Pasukan Israel itu terbang ke Brazil bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa empangan runtuh di negeri Minas Gerais.

Dalam karya terbarunya, Carlos Latuff menyampaikan mesej mendalam apabila karikatur Presiden Jair Bolsonaro menyambut kedatangan pasukan penyelamat Israel berwajah bengis.

Dalam karikatur itu turut diselitakan dialog 'maaf atas kelewatan kami...kami sibuk membunuh rakyat Palestin.'

Latuff yang terkenal dengan pandangan anti-Zionis adalah kartunis politik bebas yang karyanya diterbitkan di seluruh dunia.

Beliau terkenal dengan karikaturnya yang menggambarkan peristiwa kebangkitan rakyat atau Arab Springs dan konflik Israel-Palestin, selepas mengunjungi kawasan tersebut pada akhir 90-an.

Banyak karya Latuff dilabel sebagai anti-Semantik, bagaimanapun beliau menegaskan kartunnya tidak menyasarkan orang Yahudi sebaliknya menyasarkan Israel sebagai entiti politik.

"Fokus saya ialah Israel sebagai entiti politik, sebagai kerajaan. Terutama dasar Israel terhadap rakyat Palestin," katanya. - Agensi