Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

3 Februari 2019

5:05:18 PTG
927582

Tiada Negara Yang Mahu Berdialog Berhubung Krisis Di Venezuela: Turki

Kerajaan Turki mengatakan bahawa tindakan sesetengah negara yang telah mengiktiraf Juan Guaido yang mengangkat dirinya sendiri sebagai 'pemangku presiden' negara Venezuela telah memburukkan lagi krisis yang melanda negara Amerika Latin tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Turki mengatakan bahawa tindakan sesetengah negara yang telah mengiktiraf Juan Guaido yang mengangkat dirinya sendiri sebagai 'pemangku presiden' negara Venezuela telah memburukkan lagi krisis yang melanda negara Amerika Latin tersebut.

"Masalah mungkin wujud di mana-mana negara. Terdapat juga percikan api yang boleh bertukar menjadi kebakaran pada bila-bila masa tanpa diduga. Dalam kes ini, mereka sepatutnya memberikan sumbangan positif di dalam mencari penyelesaian kepada masalah melalui proses dialog," kata Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu pada sidang akhbar di Istanbul pada hari Ahad.

Menteri Luar Turki itu merujuk kepada negara-negara yang mengiktiraf Juan Guaido setelah pemimpin kumpulan pembangkang Venezuela tersebut mengiyshtiharkan dirinya sendiri sebagai 'pemangku presiden' negara tersebut.

Diplomat Turki itu turut berkata bahawa Ankara telah cuba memulakan proses rundingan berhubung krisis di Venezuela di antara Washington dan beberapa negara Amerika Latin pada tahun lalu. "Akan tetapi, sehingga hari ini, tiada satu negarapun yang sebelum ini telah mengambil langkah drastik ke atas Veneuela berusaha untuk mengadakan berdialog (dalam rangka mengatasi krisis di sana)." - Press TV