Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Rabu

6 Februari 2019

6:23:11 PTG
928010

A.S Lindungi Israel Dari Gerakan Boikot

Senat Amerika Syarikat (AS) pada Selasa meluluskan satu langkah kontroversi yang melindungi Israel daripada sebarang boikot.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Senat Amerika Syarikat (AS) pada Selasa meluluskan satu langkah kontroversi yang melindungi Israel daripada sebarang boikot.

Rang undang-undang keselamatan Asia Barat itu menyasarkan untuk memerangi gerakan boikot, pelucutan pelaburan dan sekatan (BDS) yang mengecam pendudukan Israel di wilayah Palestin dan menekan syarikat yang menjalankan perniagaan dengan negara Yahudi terbabit.

Bagaimanapun, tarikh pelaksanaannya masih belum dapat dipastikan kerana dewan perwakilan dikuasai parti Demokratik, memberi amaran bahawa pendekatan tersebut melanggar hak kebebasan bersuara.

Penaja utama langkah itu, Senator Republikan Marco Rubio, berkata beliau memperjuangkan apa yang disifatkannya sebagai satu ‘kempen perang diskriminasi ekonomi terhadap Israel.”

Rang itu dipersetujui 77 penyokong berbalas 23. Ia akan dibawa ke Dewan Perwakilan, di mana beberapa ahli majoriti Demokratik baru, lantang menyatakan bangkangan terhadap sebarang isu yang menekan kebebasan bersuara yang dilindungi perlembagaan.

Mereka termasuk dua wanita Islam pertama yang berkhidmat di Dewan perwakilan, warga Palestin-Amerika Rashida Tlaib dan bekas pelarian Somalia, Ilhan Omar.

Susulan itu, ada pihak menuduh Rashida dan Ilhan sebagai menyokong gerakan yang bertujuan memusnahkan Israel.

Bagaimanapun, masih ada dalam kalangan anggota Demokrat yang merupakan penyokong kuat Israel seperti Steny Hoyer mempertahankan Rashida dan Ilhan daripada tuduhan anti-Semitik.

"Saya dan Rashida telah berjuang melawan anti-Semitik, sebarang usaha untuk menafikan perkara itu adalah salah. Kami pro-damai dan menyedari tanpa keadilan tidak ada kedamaian," kata Ilhan di Twitter. - AFP