Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Sabtu

9 Februari 2019

5:36:39 PTG
928388

Syarikat Berpangkalan Di Britain Pindah Ke Netherlands

Kira-kira 42 buah syarikat yang berpangkalan di Britain telah berpindah atau bakal memindahkan operasi mereka ke Netherlands sebagai maklum balas terhadap ketidaktentuan Brexit.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kira-kira 42 buah syarikat yang berpangkalan di Britain telah berpindah atau bakal memindahkan operasi mereka ke Netherlands sebagai maklum balas terhadap ketidaktentuan Brexit.

Agensi pelaburan asing Belanda dalam satu kenyataan memberitahu, perpindahan itu membabitkan lebih 2,000 kakitangan dan pelaburan bernilai 291 juta euro (RM1.34 bilion).

Agensi itu berkata, senarai itu termasuk bank pelaburan Jepun, Norinchukin, syarikat media TVT Media, penyedia perkhidmatan kewangan MarketAxess and Azimo serta penginsurans maritim, UK P&I.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Netherlands, Eric Wiebes sambil mengalu-alukan kemasukan pelabur ke negara itu, beliau berkata, Belanda mempunyai persekitaran perniagaan yang baik dan cemerlang. -AFP