Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Sabtu

9 Februari 2019

5:39:33 PTG
928389

Kes Khashoggi: Trump Enggan Tuding Jari

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump enggan memberi respon berhubung permintaan Kongres yang menuntut laporan lengkap tentang siapa dalang pembunuhan wartawan terkenal Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump enggan memberi respon berhubung permintaan Kongres yang menuntut laporan lengkap tentang siapa dalang pembunuhan wartawan terkenal Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Oktober lalu, senator menggesa siasatan dijalankan ke atas pembunuhan terbabit dan mendesak Rumah Putih memberi lebih banyak informasi.

Seorang pegawai pentadbiran bagaimanapun berkata, presiden berhak untuk tidak memberi jawapan atau bertindak.

Khashoggi yang juga kolumnis Washington Post dibunuh selepas memasuki bangunan kedutaan Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober tahun lalu untuk mendapatkan dokumen perkahwinan.

Mayat beliau dikatakan dikerat dan hingga kini masih belum ditemui.

Terdahulu, 11 suspek yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Khashoggi telah dibicarakan untuk kali pertama di mahkamah Riyadh.- BBC