Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

10 Februari 2019

4:56:05 PTG
928508

Belanda Iktiraf Terbing Barat Dan Gaza Sebagai Wilayah Palestin

Pihak berkuasa di Belanda telah membenarkan penduduk Palestin yang tinggal di negara ini untuk mendaftarkan Semenanjung Gaza atau Tebing Barat sebagai tempat kelahiran mereka dan bukannya mendaftarkan kawasan itu sebagai 'wilayah yang diduduki Israel' atau kawasan yang 'tidak diketahui'.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa di Belanda telah membenarkan penduduk Palestin yang tinggal di negara ini untuk mendaftarkan Semenanjung Gaza atau Tebing Barat sebagai tempat kelahiran mereka dan bukannya mendaftarkan kawasan itu sebagai 'wilayah yang diduduki Israel' atau kawasan yang 'tidak diketahui'.

Setiausaha Negara Belanda, Raymond Knops, dalam surat yang ditujukan kepada Dewan Perwakilan di Den Haag pada hari Ahad, menulis bahwa beliau berhasrat untuk menambah Gaza dan Tebing Barat; termasuk al-Quds, ke dalam senarai negara-negara rasmi yang digunakan oleh badan pendaftaran awam Belanda.

Knops menambah bahawa kategori baru itu sesuai dengan "pendirian Belanda bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas kawasan-kawasan tersebut."

Menteri Belanda selanjutnya menekankan bahawa kategori baru itu diusul berdasarkan Perjanjian Oslo dan resolusi Majlis Keselamatan PBB. -Press TV