Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Jumaat

15 Februari 2019

5:02:08 PTG
929234

Trump Bakal Isytihar 'Kecemasan Kebangsaan'

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menandatangani rang undang-undang perbekalan bagi untuk mengelak berulangnya krisis 'shutdown' atau penutupan operasi kerajaan

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menandatangani rang undang-undang perbekalan bagi untuk mengelak berulangnya krisis 'shutdown' atau penutupan operasi kerajaan

Bagaimanapun menurut jurucakap White House dan Kongres, pemimpin itu juga akan mengeluarkan pengisytiharan kecemasan bagi membiayai tembok sempadan AS-Mexico yang mencetuskan kontroversi.

Pemimpin tertinggi Republikan, Mitch McConnell memberitahu telah bercakap dengan Trump melalui telefon yang menunjukkan 'beliau telah bersedia untuk menandatangani rang undang-undang berkenaan selain pada masa yang sama, akan mengisytiharkan kecemasan kebangsaan'.

White House kemudiannya mengesahkan perancangan tersebut.

"Beliau juga akan mengambil langkah eksekutif termasuk pengisytiharan kecemasan bagi memastikan kita dapat menghentikan krisis keselamatan dan kemanusiaan di sempadan," jelas Setiausaha Akhbar White House, Sarah Sanders. - AFP