Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Bernama
Jumaat

15 Februari 2019

5:09:08 PTG
929236

Mahkamah Di Austria Batal Rancangan Kerajaan Tutup 6 Masjid

Sebuah mahkamah di Austria membatalkan rancangan kerajaan menutup 6 masjid milik komuniti Arab di negara itu, lapor agensi berita Turki Anadolu pada Khamis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah mahkamah di Austria membatalkan rancangan kerajaan menutup 6 masjid milik komuniti Arab di negara itu, lapor agensi berita Turki Anadolu pada Khamis.

Ketua Komuniti Agama Islam Austria (IGGO), Umit Vural dalam satu kenyataan berkata, mahkamah Vienna mengeluarkan perintah membatalkan keputusan kerajaan menutup 6 masjid.

Tahun lepas, seorang wakil pihak berhaluan kanan, Sebastian Kurz memutuskan menutup 7 masjid dan mengusir puluhan imam.

Semasa sidang akhbar, Kurz berkata, langkah itu bertujuan mengekang aktiviti “politik Islam”.

Katanya, siasatan Kementerian Kebudayaan dan Dalam Negeri mendapati aktiviti dijalankan di 7 masjid terbabit – salah satunya milik Persatuan Kebudayaan Islam menyalahi undang-undang.

Masjid Turki dibuka semula Jun lalu selepas ia memenuhi peraturan ditetapkan.