Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

17 Februari 2019

10:15:07 PG
929437

MKO Di Albania Latih Amalan Kejam

Sebuah majalah mingguan Jerman telah mendedahkan bahawa para anggota daripada organisasi Mujahedin-e Khalq (MKO) - sebuah organisai pengganas anti-Iran - kini terlibat dalam amalan kejam termasuk kaedah untuk mengakibatkan kecedaraan dahsyat ke atas badan musuh di sebuah kem yang terletak di Albania.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah majalah mingguan Jerman telah mendedahkan bahawa para anggota daripada organisasi Mujahedin-e Khalq (MKO) - sebuah organisai pengganas anti-Iran - kini terlibat dalam amalan kejam termasuk kaedah untuk mengakibatkan kecedaraan dahsyat ke atas badan musuh di sebuah kem yang terletak di Albania.

Melalui wawancara dengan 15 bekas anggota MKO, Der Spiegel pada hari Jumaat melaporkan bahawa anggota MKO mengamalkan "penyembelihan, mematahkan tangan, mengoyak mata dan merobek mulut" sebanyak tiga kali seminggu.

Laporan itu mendedahkan bahawa sekitar 2,000 orang anggota kumpulan pengganas tersebut kini tinggal di kem yang terletak 35 kilometer dari ibukota Albania, Tirana. Kem itu dilaporkan mempunyai keluasan sebanyak 50 kali padang bola.

Para anggota MKO di kem tersebut juga dilaporkan tidak mempunyai akses kepada kemudahan telekomunikasi, jam atau kalendar.

Menurut laporan yang sama, sebahagian daripada mereka aktif di dalam kerja pembinaan manakala beberapa yang lain pula bekerja dengan komputer untuk menyiarkan berita palsu tentang Iran di Twitter dan Facebook atau sibuk merekrut anggota baru melalui Telegram. -Press TV