Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

17 Februari 2019

10:42:40 PG
929439

Trump Gesa Negara Eropah Bawa Balik dan Dakwa Militan Asing

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggesa negara-negara Eropah untuk 'mengambil semula' beratus-ratus militan Daesh asing yang ditangkap di Syria dan mendakwa mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggesa negara-negara Eropah untuk 'mengambil semula' beratus-ratus militan Daesh asing yang ditangkap di Syria dan mendakwa mereka.

"AS meminta Britain, Perancis, Jerman dan sekutu Eropah lain untuk membawa balik lebih 800 anggota militan Daeash asing yang kami tangkap di Syria dan dakwa mereka di mahkamah.

"Daesh sudah ditewaskan dan membebaskan mereka bukanlah satu alternatif yang baik," katanya di Twitter.

Tambah Trump, langkah membawa balik militan Daesh asing ke negara asal masing-masing dan membicarakan dakwaan penangkapan mereka adalah sebahagian daripada langkah untuk mengelak Eropah menjadi sasaran kumpulan itu pada masa akan datang.

Disember lalu, Trump mengumumkan pengunduran tentera AS dari Syria selepas mendakwa mereka berjaya menewaskan Daesh di negara itu.

Bagaimanapun, keputusan itu menimbulkan keraguan berhubung strategi untuk menghalang pencerobohan semula oleh Daesh dan mengurangkan kekuatan yang dimiliki AS di rantau berkenaan. - Agensi