Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

22 Februari 2019

5:19:10 PTG
930261

Rusia Dan China Berganding Di Belakang Venezuela Dalam Menghadapi Pertembungan Yang Diketuai A.S

China dan Rusia berganding di belakang Venezuela dan memberi amaran terhadap sebarang bentuk campur tangan ketenteraan di negara Amerika Latin yang bakal berhadapan dengan pertembungan pada hari Sabtu ini apabila pihak pembangkang merancang untuk membawa pakej "bantuan" Amerika Syarikat yang tersadai di Colombia masuk ke negara itu secara paksa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - China dan Rusia berganding di belakang Venezuela dan memberi amaran terhadap sebarang bentuk campur tangan ketenteraan di negara Amerika Latin yang bakal berhadapan dengan pertembungan pada hari Sabtu ini apabila pihak pembangkang merancang untuk membawa pakej "bantuan" Amerika Syarikat yang tersadai di Colombia masuk ke negara itu secara paksa.

Kementerian Luar China berkata pada hari Jumaat berkata bahawa "bantuan yang disebut" tidak boleh dibawa masuk ke Venezuela secara paksa khususnya jika perkara itu akan menyebabkan keganasan. Seorang menteri Venezuela juga merancang untuk bertemu dengan para pemimpin Rusia di Moscow pada hari tersebut.

Maduro pada hari Khamis mengarahkan sempadan Venezuela dengan Brazil ditutup dan mengancam untuk menutup sempadan dengan Colombia sebagai reaksi terhadap keputusan ketua pembangkang, Juan Guaido yang merancang untuk bergerak ke sempadan dalam rangka membawa pakej bantuan A.S secara paksa. -Press TV