Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

23 Februari 2019

4:49:38 PTG
930390

Ketua MI6 Ke Israel Untuk Mendiskredit Laporan Nuklear Iran

Ketua agensi perisikan asing Britain, MI6 dilaporkan telah membuat lawatan rahsia ke Tel Aviv untuk bertukar pandangan dengan para pegawai perisikan Israel berhubung aktiviti nuklear Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua agensi perisikan asing Britain, MI6 dilaporkan telah membuat lawatan rahsia ke Tel Aviv untuk bertukar pandangan dengan para pegawai perisikan Israel berhubung aktiviti nuklear Iran.

Saluran 13 Israel pada hari Jumaat melaporkan bahawa ketua MI6, Alex Younger telah melawat Israel pada hari Isnin lepas dan bertemu dengan ketua agensi Mossad, Yossi Cohen dan ketua perisikan Israel yang lain.

Laporan TV itu turut mendakwa bahawa Iran baru-baru ini telah memperbaharui aktiviti penghasilan sentrifugal, "dan bersiap sedia untuk memulakan semula proses pengayaan uranium" di dalam acuan kerja yang diperuntukan di bawah perjanjian nuklear tahun 2015. Perjanjian itu secara rasmi dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

Laporan itu turut mendakwa bahawa Tehran kini sedang "menyediakan infrastruktur" untuk aktiviti nuklear selanjutnya "dengan kadar yang dipercepatkan."

Laporan itu timbul beberapa jam selepas agensi nuklear PBB mengesahkan bahawa Republik Islam sehingga ini telah mematuhi kesemua komitmen mereka di bawah JCPOA. -Press TV