Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Selasa

26 Februari 2019

6:00:17 PTG
930825

May Benar Parlimen Britain Tangguh Brexit

Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini menyatakan bahawa beliau akan membenarkan Parlimen mengundi pada 14 Mac ini sama ada untuk menangguhkan Brexit.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini menyatakan bahawa beliau akan membenarkan Parlimen mengundi pada 14 Mac ini sama ada untuk menangguhkan Brexit.

Katanya, undian tersebut boleh dilakukan sekiranya ahli-ahli Parlimen membantah kedua-dua perjanjian serta prospek meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa persetujuan.

Jelas beliau, jika kedua-dua pilihan itu dibantah, maka kerajaan akan mengadakan undian pada 14 Mac untuk menangguhkan Brexit atau sebaliknya. - AFP