Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

8 Mac 2019

4:21:03 PTG
932258

Protes Berterusan Di Algeria Bantah Pencalonan Abdelaziz

Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di ibu kota Algeria sambil melaungkan slogan menentang pencalonan Abdelaziz Bouteflika untuk jawatan Presiden bagi penggal ke-5 berturut-turut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di ibu kota Algeria sambil melaungkan slogan menentang pencalonan Abdelaziz Bouteflika untuk jawatan Presiden bagi penggal ke-5 berturut-turut.

Lautan manusia berhimpun secara aman sekitar perkarangan Pejabat Pos Utama sambil mengibarkan bendera Algeria sebagai tindakan simbolik dalam menyatakan penolakan rakyat terhadap Abdelaziz dan pemerintahannya.

Tunjuk perasaan itu berlangsung di sebalik tindakan pihak berkuasa yang meningkatkan langkah-langkah keselamatan dengan menempatkan kenderaan polis anti rusuhan dan meriam air di sekitar kawasan tersebut. Sebuah helikopter polis juga dilihat terbang berlegar-legar di bandar itu.

Perkhidmatan tren dan metro di ibu negara juga digantung sementara pada hari Jumaat.

Bouteflika pada hari Khamis telah menyeru pihak tertentu untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendakwa bahawa kumpulan asing atau domestik mungkin berusaha untuk menimbulkan kekacauan di negara Afrika Utara itu. -Press TV