Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

9 Mac 2019

7:40:56 PG
932322

Afrika Selatan Hadkan Hubungan Diplomatik Dengan Israel Sebagai Sokongan Kepada Palestin

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa berkata negaranya merancang untuk menurunkan status kedutaannya di wilayah yang diduduki sebagai tindak balas terhadap pelanggaran Israel atas hak rakyat Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa berkata negaranya merancang untuk menurunkan status kedutaannya di wilayah yang diduduki sebagai tindak balas terhadap pelanggaran Israel atas hak rakyat Palestin.

Bercakap kepada parlimen di Cape Town pada hari Khamis, Ramaphosa berkata Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Antarabangsa Afrika, Lindiwe Sisulu sedang berusaha untuk melaksanakan keputusan yang sebelum ini dicapai oleh Parti Kongres Nasional Afrika (ANC) yang mahu menghadkan hubungan diplomatik negara itu dengan Israel.

Pada akhir persidangan pada bulan Disember 2017, ANC memutuskan untuk menurun taraf misi diplomatiknya di Tel Aviv ke pejabat perhubungan dalam menyatakan "sokongan praktikal" mereka kepada rakyat Palestin yang ditindas.

Mereka juga memberi amaran kepada Israel bahawa ia harus membayar harga di atas " pencabulan hak asasi manusia dan pelanggaran undang-undang antarabangsa" yang dilakukan oleh rejim tersebut.

Ramaphosa menyatakan bahawa kerajaan Afrika Selatan memiliki azam untuk melaksanakan keputusan ANC tersebut. -Press TV