Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

10 Mac 2019

1:05:32 PTG
932494

Serangan Siber Di Fasiliti Jana Kuasa Elektrik Venezuela: Presiden Maduro

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengatakan bahawa serangan siber telah dilancarkan ke atas salah satu daripada fasiliti janakuasa negara tersebut pada hari Sabtu sekaligus membantutkan usaha pihak berkuasa untuk memulihkan bekalan elektrik yang terganggu pada awal minggu ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengatakan bahawa serangan siber telah dilancarkan ke atas salah satu daripada fasiliti janakuasa negara tersebut pada hari Sabtu sekaligus membantutkan usaha pihak berkuasa untuk memulihkan bekalan elektrik yang terganggu pada awal minggu ini.

"Pada hari ini, kita telah memulihkan bekalan kuasa sekitar 70 peratus wilayah di negara ini. Akan tetapi, satu lagi serangan siber telah dilancarkan ke atas salah satu kemudahan yang selama ini berfungsi dengan sempurna pada hari ini. Oleh kerana itu, kesemua kemajuan yang telah kita capai pada pertengahan petang telah terbantut," kata Maduro di Caracas pada hari Sabtu.

Dia juga menuduh pembangkang menyerang sistem bekalan kuasa Venezuela dengan senjata berteknologi tinggi.

"Mereka menggunakan senjata berteknologi tinggi ... pelampau dari pihak pembangkang adalah perancang dan pelaksana serangan ke atas negara ini. M mereka menggunakan perkakasan berteknologi tinggi yang hanya (dioperasikan) oleh kerajaan Amerika Syarikat... Serangan ini dilakukan dengan pengetahuan saintifik yang tinggi. Berlaku serangan elektromagnetik terhadap talian elektrik negara," kata Maduro.

Gangguan bekalan elektrik berlaku di Venezuela pada hari Khamis. Syarikat pembekal elektrik kebangsaan, Corpoelec melaporkan tindakan "sabotaj" di sebuah loji kuasa hidroelektrik utama, yang dikenali sebagai Guri.

Pihak media kemudiannya melaporkan mengenai gangguan kuasa tersebut yang melanda dalam 21 atau 23 negeri di Venezuela.

Maduro mendakwa Amerika Syarikat telah melancarkan perang tenaga elektrik terhadap Venezuela. Walau bagaimanapun, Washington menafikan bahawa mereka memiliki sebarang peranan dalam krisis tersebut.

Pihak pembangkang dengan pantas menggunakan gangguan tersebut untuk mendorong warga awam untuk berdemonstrasi. -Press TV