Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

10 Mac 2019

1:10:56 PTG
932497

Penyerang Masjid Dihukum Penjara 40 Tahun, Buat Rayuan...

Lelaki Kanada yang dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun dengan kemungkinan tanpa parol selepas membunuh enam jemaah masjid Quebec pada Januari 2017, memfailkan rayuan di mahkamah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lelaki Kanada yang dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun dengan kemungkinan tanpa parol selepas membunuh enam jemaah masjid Quebec pada Januari 2017, memfailkan rayuan di mahkamah.

Menerusi laporan AFP, dalam rayuannya, peguam Alexandre Bissonnette berkata, Hakim Francois Hout menjatuhkan hukuman yang menyalahi undang-undang, tidak munasabah dan tidak dinyatakan dalam hukuman penjara 40 tahun itu sebelum layak untuk diberi parol, lapor Radio-Canada.

Keputusan itu menghalang Bissonnette daripada memohon parol sebelum ulang tahun kelahirannya ke-67, yang dianggap terlalu ringan oleh presiden masjid itu, Boufeldja Benabdallah.

Pendakwaan sebelum ini memohon hukuman 150 tahun penjara yang dianggap oleh hakim terbabit sebagai permintaan yang tidak munasabah dan melanggar perlembagaan.

8 Februari lalu, Bissonnette dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh dalam serangan buruk di masjid.

Dalam kejadian 29 Januari 2017 itu, dia melepaskan tembakan terhadap 40 lelaki dan empat kanak-kanak, menyebabkan enam mati dan lima lagi parah.