Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Isnin

11 Mac 2019

2:17:17 PTG
932646

Hakim Boikot Pilihan Raya Algeria

Lebih 1,000 hakim Algeria memutuskan untuk memboikot pilihan raya negara itu yang dijadualkan diadakan bulan depan sekiranya Presiden Abdelaziz Bouterflika sekali lagi bertanding.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih 1,000 hakim Algeria memutuskan untuk memboikot pilihan raya negara itu yang dijadualkan diadakan bulan depan sekiranya Presiden Abdelaziz Bouterflika sekali lagi bertanding.

Lapor Reuters, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh hakim-hakim itu memberitahu, mereka tidak ada pilihan lain selain menarik diri daripada menjadi pemerhati ketika pilihan raya itu nanti, sekiranya Abdelaziz masih berdegil untuk bertanding.

Rata-rata penduduk Algeria yang tidak mahu pemimpin itu bertanding lagi menggerakkan pengerahan keselamatan besar-besar sejak dua minggu yang lalu. -AGENSI