Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

14 Mac 2019

7:39:29 PG
933040

Dewan Senat Desak Trump Hentikan Bantuan Kepada Saudi Di Dalam Perang Di Yaman

Dewan Senat Amerika Syarikat sekali lagi menolak Presiden Donald Trump atas dasarnya terhadap Riyadh dengan meluluskan resolusi yang akan menamatkan sokongan Washington terhadap gabungan yang diketuai oleh Saudi di Yaman sejak tahun 2015.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dewan Senat Amerika Syarikat sekali lagi menolak Presiden Donald Trump atas dasarnya terhadap Riyadh dengan meluluskan resolusi yang akan menamatkan sokongan Washington terhadap gabungan yang diketuai oleh Saudi di Yaman sejak tahun 2015.

Senat yang dipimpin oleh parti Republik meluluskan resolusi tersebut pada hari Rabu dengan 54 undi menyokong dan 46 undi menolak. Rsolusi itu dilancarkan dalam usaha untuk menghentikan penglibatan tentera A.S di dalam konflik tersebut termasuk bantuan menetapkan sasaran serangan udara Saudi tanpa kebenaran daripada pihak Kongres.

Resolusi yang diperkenalkan oleh Senator Bernie Sanders, Mike Lee dan Chris Murphy, resolusi itu akan mengurangkan peranan A.S dan bantuan ketenteraan mereka di dalam perang Arab Saudi di Yaman yang hampir memasuki tahun keempat. -Press TV