Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

16 Mac 2019

5:39:48 PTG
933437

Wartawan Kecam Trump Berhubung 'Kejahilan' Beliau Ke Atas Ancaman Pelampau Kulit Putih

Wartawan Amerika, Don Lemon mengutuk kejahilan yang ditunjukkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selepas beliau berkata bahawa beliau tidak melihat sebarang bentuk peningkatan di dalam pergerakan ekstremisme kulit putih yang berhaluan kanan setelah serangan pengganas oleh seorang pelampau kulit putih pada hari Jumaat di New Zealand yang membunuh 49 orang Muslim.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wartawan Amerika, Don Lemon mengutuk kejahilan yang ditunjukkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selepas beliau berkata bahawa beliau tidak melihat sebarang bentuk peningkatan di dalam pergerakan ekstremisme kulit putih yang berhaluan kanan setelah serangan pengganas oleh seorang pelampau kulit putih pada hari Jumaat di New Zealand yang membunuh 49 orang Muslim.

Trump pada hari Jumaat berkata bahawa beliau tidak melihat ekstremisme kulit putih sebagai ancaman yang semakin meningkat sekalipun banyak pihak menyalahkan tindakan beliau yang kerap memburukkan umat Islam sebagai punca kepada tragedi pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Christchurch, New Zealand.

"Saya tidak (rasa) begitu. Saya fikir (tindakan ini terkait dengan) kumpulan kecil orang yang mempunyai masalah yang sangat serius," kata Trump kepada pemberita di White House ketika ditanya sama ada beliau berfikir nasionalisme kulit putih merupakan ancaman global yang semakin meningkat.

Aktivis hak-hak asasi Islam dan sivil telah lama menuduh Trump mempromosikan sikap tidak bertoleransi. Beliau sebelum ini melaungkan slogan "penutupan menyeluruh" sempadan A.S kepada umat Islam semasa kempen pilihan rayanya.

Beberapa penganalisis telah menolak dakwaan Trump berhubung ancaman nasionalis kulit putih sambil mengatakan bahawa dasar imigresen presiden A.S telah menggalakkan kumpulan berhaluan kanan dan mereka yang mendokong ideologi ketuanan bangsa kulit putih di Barat. -Press TV