Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Isnin

18 Mac 2019

5:56:12 PTG
933683

Tunisia Mohon Ekstradisi Adik Ipar Bekas Presiden

Kerajaan Tunisia mengemukakan permohonan kepada Perancis bagi mengekstradisi adik ipar bekas presiden Zine El Abidine Ben Ali, Belhassen Trabelsi yang dikehendaki di negaranya atas pertuduhan tipu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Tunisia mengemukakan permohonan kepada Perancis bagi mengekstradisi adik ipar bekas presiden Zine El Abidine Ben Ali, Belhassen Trabelsi yang dikehendaki di negaranya atas pertuduhan tipu.

Kementerian Undang-undang dalam satu kenyataan kepada AFP memberitahu, permohonan itu dibuat selepas Tunisia mendapat maklumat daripada polis antarabangsa Interpol yang Belhassen kini ditahan di Perancis.

Katanya, lelaki itu berdepan dengan 17 waran tangkap di Tunisia dan 43 waran antarabangsa. Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi daripada Perancis berhubung penahanan Belhassen. -AGENSI