Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Khamis

21 Mac 2019

4:53:48 PTG
934042

Lima Masjid Diserang Di Birmingham

Sekurang-kurangnya lima buah masjid di Birmingham telah diserang baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya lima buah masjid di Birmingham telah diserang baru-baru ini.

Polis mengesahkan serangan itu berlaku antara malam Rabu dan awal pagi tadi, waktu tempatan.

Masjid di Jalan Witton, Jalan Birchfield dan Jalan Slade merupakan antara yang diserang.

Polis turut mengesahkan penyerang bertindak memecahkan tingkap masjid di jalan Birchfield dengan menggunakan tukul.

Tiada kecederaan di laporkan dan polis masih menyiasat motif serangan.-AGENSI