Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Sabtu

23 Mac 2019

6:11:58 PTG
934243

11 Maut Dan 15 Cedera, Serangan Militan Di Kompleks Kerajaan

Serangan militan al-Shabaab dengan empat orang bersenjata dan letupan bomba pada kompleks kementerian kerajaan menyebabkan 11 maut termasuk seorang timbalan menteri di Mogadishu pada hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Serangan militan al-Shabaab dengan empat orang bersenjata dan letupan bomba pada kompleks kementerian kerajaan menyebabkan 11 maut termasuk seorang timbalan menteri di Mogadishu pada hari ini.

Kejadian itu bermula dengan dua letupan pada pagar kompleks Kementerian Buruh dan Kerja.

Menurut polis, Ibrahim Mohamed, sekurang-kurangnya empat orang bersenjata menyerbu masuk ke dalam bangunan menyebabkan berbalas tembakan bersama pihak keselamatan.

“Kesemua suspek terbunuh manakala terdapat juga maut melibatkan pihak polis,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Ambulans Aamin, Abdukadir Abdirahman Adan berkata, kematian mencecah 11 orang termasuk tiga wanita manakala 15 orang lagi cedera.

Senator Ilyas Ali Hassan pula mengesahkan bahawa Timbalan Menteri Buruh dan Hal Ehwal Sosial, Saqar Ibrahim Abdalla terbunuh.

“Saya tidak dapat menjelaskan lebih lanjut bagaimana beliau mati namun ia berlaku dalam bangunan kementerian,” jelasnya.