Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Ahad

24 Mac 2019

1:14:31 PTG
934343

Guru Sementara Ditembak Meriam Air Di Maghribi

Polis antirusuhan bersama baton menembak meriam air untuk meleraikan demonstrasi guru-guru di Rabat, Maghribi, malam tadi.

Foto: AP

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis antirusuhan bersama baton menembak meriam air untuk meleraikan demonstrasi guru-guru di Rabat, Maghribi, malam tadi.

Beberapa ribu guru muda meminta kontrak kerja tetap berarak secara aman di jalanan sentral Rabat sambil melaungkan slogan seperti kebebasan, bermaruah dan keadilan sosial.

Mereka juga memegang lilin dan menggunakan telefon bimbit sebagai lampu suluh sebelum berkumpul di hadapan Parlimen.

Bagaimanapun, polis bertindak bagi meleraikan kumpulan demonstrasi itu yang enggan bersurai setelah berunding selama dua jam.

Guru-guru itu yang ditawarkan kontrak sementara telah melakukan protes sejak 3 Mac lalu.

Mereka mendapat gaji sama seperti guru tetap iaitu AS$520 (RM2,113) namun mengadu tidak mendapat hak sama terutama soal persaraan.