Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Sabtu

30 Mac 2019

6:18:30 PTG
935101

Perjanjian Brexit, Theresa May Cuba Nasib Buat Kali Ke-4

Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini mempertimbangkan kemungkinan membawa pelan perjanjian Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit untuk dipersetujui di Parlimen buat kali keempat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini mempertimbangkan kemungkinan membawa pelan perjanjian Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit untuk dipersetujui di Parlimen buat kali keempat.

“Kami percaya cara terbaik untuk menghormati pungutan suara rakyat adalah dengan melaksanakan perjanjian itu,” kata Pengerusi Parti Konservatif, Brandon Lewis.

Maklum akan peningkatan sokongan terhadap perjanjian itu walaupun ditolak, jurucakap May semalam berkata: “ Kita sekurang-kurangnya bergerak ke arah yang betul”.

Ahli Parlimen Britain dijangka berhimpun sekali lagi Isnin ini untuk mempertimbangkan perubahan perjanjian itu yang dapat memastikan ia diluluskan termasuk sokongan bagi hubungan ekonomi yang erat dengan EU selepas Britain keluar daripada blok berkenaan. - AFP