Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Rabu

3 April 2019

2:56:36 PTG
935539

Rusia Tentang Pelan A.S Hantar Lebih Banyak Kapal NATO Ke Laut Hitam

Amerika Syarikat (A.S) bercadang menghantar lebih banyak kapal Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke Laut Hitam untuk memastikan keselamatan laluan kepada kapal Ukraine dan dalam masa yang sama turut mengekang pengaruh Rusia di kawasan itu dipandang ‘secara negatif’ di Moscow.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (A.S) bercadang menghantar lebih banyak kapal Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke Laut Hitam untuk memastikan keselamatan laluan kepada kapal Ukraine dan dalam masa yang sama turut mengekang pengaruh Rusia di kawasan itu dipandang ‘secara negatif’ di Moscow.

Menurut Duta A.S ke NATO, Washington telah bekerja bagi menyediakan pakej yang meningkatkan aktiviti pemantauan di kawasan tersebut dengan menghantar lebih banyak kapal NATO selepas konfrontasi antara Moscow dan Kiev pada tahun lalu.

Langkah itu dijangka akan dibincangkan ketika sesi dialog Menteri-Menteri Luar NATO di Washington pada Rabu dan Khamis ini. - AFP