Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

6 April 2019

3:05:39 PTG
935843

UK Padam Label Kesatuan Eropah Daripada Pasport Mereka

Pihak berkuasa British secara rasmi telah menghapuskan label Kesatuan Eropah yang sebelum ini tertulis di atas setiap pasport warga UK yang dikeluarkan oleh mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa British secara rasmi telah menghapuskan label Kesatuan Eropah yang sebelum ini tertulis di atas setiap pasport warga UK yang dikeluarkan oleh mereka.

Perkara itu dilaksanakan di sebalik kegagalan mereka untuk meninggalkan blok tersebut pada tarikh yang dituntut oleh EU.

BBC menerbitkan gambar pasport yang dikeluarkan untuk warganegara UK selepas 30 Mac, tarik di mana Britain pada asalnya dijangka akan meninggalkan EU.

Perkembangan ini berlaku di sebalik hakikat bahawa United Kingdom masih merupakan sebahagian daripada Kesatuan Eropah setelah Parlimen British bertindak untuk tidak meluluskan perjanjian Brexit yang ditandatangani di antara London dan Brussels.

UK kini memiliki tempoh sehingga 12 April untuk meluluskan perjanjian itu. Jika perjanjian itu tidak mendapat kelulusan yang diperlukan, London perlu memilih di antara meninggalkan blok tersebut tanpa sebarang perjanjian atau melanjutkan keahliannya untuk tempoh masa yang panjang. -Press TV