Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

7 April 2019

2:51:34 PTG
935948

A.S Dan Eropah Punca Kematian Di Yaman, Syria Dan Afghanistan

Pope Francis berkata bahawa penjualan senjata oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah adalah punca utama kepada kematian warga awam termasuk kanak-kanak di Yaman, Syria, dan Afghanistan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pope Francis berkata bahawa penjualan senjata oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah adalah punca utama kepada kematian warga awam termasuk kanak-kanak di Yaman, Syria, dan Afghanistan.

"Negara-negara Eropah dan Amerika yang kaya-raya terus menjual senjata ... yang digunakan untuk membunuh kanak-kanak dan membunuh warga awam," kata beliau ketika berucap kepada para pelajar dan guru di Institut San Carlo, Milan pada hari Sabtu, lapor Associated Press.

Beliau turut berkata bahawa negara-negara yang dihantui keganasan seperti Yaman, Syria dan Afghanistan tidak akan menyaksikan konflik atau peperangan jika bukan kerana penjualan senjata tersebut.

"Negara-negara yang mengeluar dan menjual senjata memiliki saham bagi kematian setiap kanak-kanak dan kemusnahan setiap keluarga," kata Paus.

Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah utama; seperti Britain dan Perancis, merupakan pengeksport senjata utama ke Arab Saudi dan sekutunya yang mula menyerang Yaman pada bulan Mac tahun 2015. -Press TV