Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

8 April 2019

2:15:28 PTG
936076

Kerajaan Tripoli Lancar Operasi Kekang Kemaraan Pasukan Hafter

Kerajaan Libya yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan serangan balas untuk menghentikan kemaraan pasukan yang setia kepada Khalifa Hafter daripada terus maju ke arah ibu kota negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Libya yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan serangan balas untuk menghentikan kemaraan pasukan yang setia kepada Khalifa Hafter daripada terus maju ke arah ibu kota negara tersebut.

Pihak kerajaan di Tripoli juga bersumpah bahawa mereka akan merampas kembali kawalan ke atas semua kawasan yang dirampas oleh pasukan Khalifa Hafter sebelum ini.

Serangan balas tersebut dilancarkan untuk membersihkan "bandar-bandar Libya daripada kehadiran pasukan yang tidak tidak sah," kata Kolonel Mohamed Gnounou, jurucakap pasukan kerajaan yang berpangkalan di Tripoli.

Pasukan pro-Haftar yang mengisytiharkan diri mereka sebagai tentera Kebangsaan Libya (LNA) setakat ini mengawal timur Libya dan baru-baru ini berjaya meluaskan pengaruh mereka ke atas bahagian selatan negara Afrika Utara tersebut.

Mereka melancarkan kemaraan mereka ke Tripoli pada 4 April lepas dengan tujuan merampas ibu kota Libya dan menggulingkan kerajaan yang diiktiraf dunia. -Press TV