Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Khamis

11 April 2019

3:43:53 PTG
936490

Polis Britain Tahan Pengasas WikiLeaks

Polis Britain menahan pengasas WikiLeaks Julian Assange di kedutaan Ecuador di London selepas suakanya ditarik balik, kata pasukan keselamatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis Britain menahan pengasas WikiLeaks Julian Assange di kedutaan Ecuador di London selepas suakanya ditarik balik, kata pasukan keselamatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Julian tinggal di kedutaan berkenaan sejak 2012, ketika mendapatkan perlindungan di sana.

WikiLeaks mendakwa Ecuador “secara salah” menarik balik suaka Julian, dan berkata kedutaan Ecuador mengundang polis memasuki bangunan itu untuk menahannya.

“Ecuador secara salah membatalkan suaka politik Julian Assange dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa,” menurut laman itu di Twitter, dan menambah kedutaan berkenaan mengundang polis Britain memasuki bangunannya dan membuat penahanan itu. – AFP